ASAH bakat si cilik.
ASAH bakat si cilik.
Aniza Zainudin


KELAB Taekwondo Koryo sekali lagi muncul juara bagi Pertandingan Zon Tengah Kejohanan Taekwondo Junior Nestlé Koko Krunch Ke-14 2019 mengalahkan 18 lagi kelab merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Malah, kelab ini berjaya mengumpul 19 pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa, diikuti Kelab Smart MA apabila meraih empat pingat emas, perak serta lapan gangsa.

Peserta Muhammad Asyraff Haiqal dan Auni Syakirah, membawa pulang Anugerah Prestasi Terbaik untuk kanak-kanak lelaki berumur 10 hingga 12 tahun serta perempuan berumur tujuh hingga sembilan tahun adalah penyumpang kejayaan Kelab Taekwondo Koryo.

Sementara itu, peserta Akid Muqri Mustazah (Kelab Smart MA) dan Amni Hafiya Hanif (Kelab TYC) pula menerima Anugerah Prestasi Terbaik bagi kanak-kanak

lelaki berusia tujuh hingga sembilan tahun dan perempuan berumur 10 hingga 12 kategori.

Sempena Pertandingan Zon Tengah Kejohanan Taekwondo Junior Nestlé Koko Krunch Ke-14 2019 ini, seramai 490 atlet muda daripada 19 kelab turut bertanding.

Peserta berusia antara tujuh hingga 12 tahun ini terdiri daripada 201 kanak-kanak perempuan manakala 289 lagi lelaki.

Pengarah Bahagian Sukan, Menteri Pendidikan Malaysia, Zainal Abas berkata pihak kementerian mengalu-alukan komitmen Nestlé Koko Krunch terhadap pembangunan Taekwondo di peringkat akar umbi di Malaysia.

“Inisiatif menyeluruh seperti ini memberi peluang kepada peserta untuk mencungkil bakat dan mengasah kemahiran mereka sejak kecil.

“Sokongan padu seperti ini, saya yakin taekwondo boleh menjadi sukan yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Saya berharap peserta muda ini dapat memperlihatkan potensi penuh mereka,” katanya dalam majlis perasmian.

DISERTAI 490 atlet muda taekwondo.
DISERTAI 490 atlet muda taekwondo.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Rakan Bijirin ASEAN, Laurent Therond berkata, kajian berkenaan tabiat pengambilan sarapan dan status pemakanan dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa pemakanan ialah faktor penting dalam prestasi akademik.

“Justeru, usaha menyemai amalan mengambil sarapan dalam kalangan rakyat Malaysia daripada usia muda perlu diberi penekanan.

“Sejajar dengan itu, sebahagian daripada komitmen kami adalah menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan anak muda menggunakan produk bijirin sarapan kami diperbuat daripada bijirin penuh sebagai ramuan utama dan mengandungi vitamin dan mineral penting.

“Kami memberikan komitmen penuh untuk menyokong acara seperti Kejohanan Taekwondo Junior, yang menggalakkan kanak-kanak bergiat aktif.

“Acara ini antara platform bagi mengasah bakat juara masa depan dan kami berbesar hati untuk memberikan sumbangan positif kepada pembangunan kanak-kanak Malaysia menerusi sukan,” katanya.

Kejohanan Taekwondo Junior Nestlé Koko Krunch Ke-14 2019 dianjurkan di lima zon serantau.

Pertandingan Zon Selatan bermula di Melaka pada 9 Mac, diikuti Zon Utara (Pulau Pinang) pada 13 April, manakala Zon Pantai Timur (Pahang) pada 28 April nanti serta Singapura.

Semua pemenang pingat Singapura pula akan dijemput ke pusingan akhir di Kuala Lumpur, pada 6 Julai depan bagi merebut Piala Pusingan Tunku Imran.

Dianjurkan sejak 2006, matlamat program ini adalah menggalakkan kanak-kanak mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 6:00 AM