KEBAKARAN membabitkan tiga buah rumah di Kampung Keting awal pagi tadi. FOTO ihsan bomba
KEBAKARAN membabitkan tiga buah rumah di Kampung Keting awal pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Nor Amalina Alias


Bachok: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah kayu dalam kejadian di Kampung Keting, Gunong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Mohd Rozi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.53 pagi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya turut memperoleh bantuan dari BBP Ketereh, Tunjong dan Pasir Puteh dengan kekuatan 20 anggota untuk memadamkan kebakaran.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah rumah separuh kekal sudah terbakar 100 peratus sebelum merebak dengan cepat ke dua rumah yang terletak di sebelah rumahnya.

"Proses pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.07 pagi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah sebenar penghuni ketiga rumah itu sedang disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 11:50 AM