TIGA gerai menjual puding kelapa dan kelapa muda musnah terbakar di tepi jalan Kampung Salut, Jalan Sulaman, Tuaran. FOTO ihsan bomba
TIGA gerai menjual puding kelapa dan kelapa muda musnah terbakar di tepi jalan Kampung Salut, Jalan Sulaman, Tuaran. FOTO ihsan bomba
Junaidi Ladjana

Tuaran: Tiga gerai menjual puding kelapa dan kelapa muda di tepi jalan Kampung Salut, Jalan Sulaman, musnah terbakar, 6 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Asnan Led berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.07 pagi dan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kebakaran membabitkan tiga gerai yang musnah sepenuhnya dan operasi memadam terus dilakukan bagi mengelak api merebak ke gerai berdekatan.

"Api berjaya dikawal pada 6.43 pagi dan tindakan pantas mengawal kebakaran itu daripada merebak berjaya menyelamatkan lima lagi gerai berdekatan daripada terbakar," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 11:17 AM