Nora Danish
Nora Danish

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Nora Danish menarik perhatian warga maya apabila tampil dengan imej berhijab di media sosial.

Menerusi perkongsian di instagram itu, Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif, 42, memuat naik foto memaparkan dirinya mengenakan 'hoodie' warna kelabu dan tudung rona hitam.

Sekalipun menutup ruangan komen, penampilan pelakon filem Polis Evo 3 itu dihujani dengan tanda suka oleh rakan-rakan artis dan warga maya.

Nora sebelum ini mengejutkan industri hiburan apabila sah bercerai talak satu dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, serta bercerai pada 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 1:22 PM