Keadaan rumah yang terbakar, petang tadi. FOTO ihsan keluarga mangsa
Keadaan rumah yang terbakar, petang tadi. FOTO ihsan keluarga mangsa
Nor Amalina Alias


Bachok: Suami isteri di Kampung Bukit Temalong, di sini menerima kejutan menyedihkan apabila rumah mereka musnah terbakar sebaik pulang dari masjid, petang tadi.

Abdullah Jusoh, 65 dan isteri, Noormah Abas, 55, ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Asar sebelum rumah mereka terbakar dan kerugian dianggarkan lebih RM50,000.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Mohd Razali Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.23 petang.

Katanya, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota termasuk enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh ke tempat kejadian.

"Rumah separa kayu itu hangus 100 peratus namun tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana pemilik tiada di rumah," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2016 @ 9:32 PM