Manila: Istana Presiden semalam mengesahkan seorang lagi anggota kanan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan di Sulu.

Setiausaha Pejabat Operasi Komunikasi Presiden Herminio Coloma Jr berkata, Sihata Latip juga dikenali sebagai Sihata Muallom Asmad, terbunuh ketika cuba mengelak ditahan pasukan polis-tentera di perkampungan Duyan Kaha di Parang.

Menurut laporan, Sihata dikehendaki dengan wang ganjaran ditawarkan sebanyak P5.3 juta (RM396,000) namun perkara itu tidak disahkan sumber kerajaan.

“Kematian Sihata membuktikan kesungguhan kerajaan menangani dan menghentikan perbuatan jenayah oleh penjenayah seperti kumpulan Abu Sayyaf di Sulu,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:19 AM