Tentera Filipina mengumpulkan beg mengandungi mayat anggota kumpulan Abu Sayyaf yang berjaya dibunuh di Bongkaong dekat pekan Patikul, Sulu, hari ini. - Foto AFP
Tentera Filipina mengumpulkan beg mengandungi mayat anggota kumpulan Abu Sayyaf yang berjaya dibunuh di Bongkaong dekat pekan Patikul, Sulu, hari ini. - Foto AFP
AP

Manila: Tentera Filipina berjaya membunuh sekurang-kurangnya 11 anggota kumpulan militan Abu Sayyaf, termasuk seorang ketua mereka yang terbabit dalam penculikan dua rakyat Kanada di Pulau Samal.

Pemerintah Wilayah tentera Filipina, Mejar Filemon Tan, berkata 17 tentera kerajaan cedera dalam operasi membabitkan ratusan anggota dalam hutan di kawasan pergunungan dekat pekan Patikul, wilayah Sulu.

“Tentera bertempur dengan kira-kira 100 militan dan antara anggota Abu Sayyaf yang terbunuh itu ialah Amah Maas, seorang daripada pemerintah kumpulan berkenaan kudung tangannya.

Semalam, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan tentera memburu dan menghapuskan Abu Sayyaf selepas seorang tebusan rakyat Filipina, Patrick James Aldovar, 19, dipenggal selepas diculik dari kem polis di Jolo, bulan lalu. Pada April dan Jun lalu, kumpulan memenggal kepala dia tebusan Kanada selepas wang tebusan tidak dibayar.

Menurut Tan, lebih 1,200 tentera, termasuk komando terbabit dalam operasi di Patikul dan kawasan lain di Sulu.

Ribuan lagi tentera diterbangkan ke Sulu dan Pulau Basilan dari kawasan tegang lain hari ini, selepas kerajaan mencapai persetujuan gencatan senjata dengan pemberontak komunis.

Abu Sayyaf masih menahan sejumlah tebusan, termasuk rakyat Norway, Belanda dan Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 8:15 PM