PEMAIN UiTM cemerlang dalam acara catur selepas menyapu tiga pingat emas dan satu gangsa.
PEMAIN UiTM cemerlang dalam acara catur selepas menyapu tiga pingat emas dan satu gangsa.
Oleh Redzuan Muharam

Johor Bahru: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyapu tiga daripada empat pingat emas acara catur Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) semalam.

Tiga emas itu disumbangkan Nur Nabila Azman Hisham menerusi kategori individu wanita, Muhd Nabil Azman Hisham, Muhd Ali Chor, Abdul Rahman M Sapuan, dan Mohd Hazzafri Mohd Hazani (berpasukan lelaki) serta Nur Nabila Azman Hisham, Najihah Mohd Saufi, Nur Farihah Aminuddin dan Nur Diyana Sakinah Mohd Rusdi (berpasukan wanita).

UiTM turut memenangi gangsa individu lelaki hasil sumbangan Muhd Nabil yang juga pemain catur kebangsaan.

Jurulatih pasukan UiTM Nor Azmi Mohd Nor berkata, kemenangan itu dianggap pencapaian terbaik kerana pernah membawa pulang pingat acara catur pada dua edisi temasya terdahulu.

Nor Azmi yang membimbing UiTM sejak 10 tahun lalu bagaimanapun sedikit terkilan kerana gagal menyapu bersih semua emasĀ dipertandingkan.

"Kalau boleh, saya mahu mereka mengulangi kejayaan membawa pulang empat emas seperti di MASUM, namun tidak bernasib baik.

ā€œMeskipun begitu, prestasi mereka tidak menghampakan sebaliknya konsisten. Malah, pasukan kita stabil serta mempunyai kelebihan kerana dibarisi pemain negara yang berpengalaman kerana menyertai SUKMA serta pelbagai kejohanan lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 5:44 AM