SKINELLE hasilkan rangkaian produk diperbuat dari teknologi peptida.
SKINELLE hasilkan rangkaian produk diperbuat dari teknologi peptida.

Lapisan dermis terdiri daripada 70 peratus kolagen. Fungsi kolagen pula membantu memperbaiki tekstur kulit selain meningkatkan daya elastiknya.

Kolagen tambahan amat diperlukan terutama apabila usia melepasi 25 tahun kerana ketika itu pengeluaran jumlah kolagen semula jadi dalam badan berkurangan secara perlahan.

Memahami kehendak wanita hari ini yang mahukan rejim penjagaan yang lebih menyeluruh dan pantas, Saidah Ahmad memperkenalkan Skinelle.

Skinelle berasal berasal daripada gabungan dua bahasa iaitu Skin (kulit dalam bahasa Inggeris) dan Elle (wanita dalam bahasa Perancis).

Skinelle tampil dengan produk terbarunya iaitu pembersih wajah yang menggunakan bahan aktif seperti gliserin daripada kacang soya.

Pembersih wajah ini juga diperbuat dari teknologi peptida yang menggunakan kolagen ikan jerung sangkar (dipelihara

di kebanyakan negara barat) yang pertama di Malaysia.

Menariknya, ikan jerung yang digunakan daripada spesies bersaiz kecil dan diternak di luar negara.

Serum peptida ini popular di Perancis kerana molekulnya sangat halus yang dikatakan menandingi teknologi nano dan menyerap dalam kulit sepantas 10 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 5:00 AM