DR A Ananda menunjukkan kaedah rawatan laser untuk masalah keloid.
DR A Ananda menunjukkan kaedah rawatan laser untuk masalah keloid.

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

[email protected]

Kehadiran parut pada bahagian tubuh yang terdedah seperti muka, tangan dan kaki menimbulkan rasa kurang senang kepada individu itu sendiri.

Malah, ada juga yang menganggap kehadiran parut pada bahagian tubuh boleh dianggap hodoh dan memalukan diri sendiri terutama apabila perlu berhadapan dengan orang ramai.

Menurut pakar bedah plastik, pembentukan semula dan estetik Pusat Perubatan Tropicana, Dr A Ananda Dorai, ramai yang salah anggap antara parut biasa dan parut keloid.

“Bukan semua parut adalah keloid. Parut adalah hasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu yang normal selepas kecederaan berlaku. Kecederaan boleh disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan.

“Tisu yang normal akan digantikan dengan tisu penghubung yang dipang-

gil fibrosis untuk me-

ngisi luka supaya bahagian ini bercantum. Parut boleh terbentuk pada tisu dalaman atau permukaan kulit akibat proses penyembuhan luka.

“Parut yang terbentuk akan pudar mengikut masa iaitu dipanggil parut matang, tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya. Kadangkala parut ini menjadi tebal, tetapi jika hanya di atas garisan luka, ia dipanggil parut hipertrofi,” katanya.

Badan akan menghasil-

kan sejenis protein yang dipanggil kolagen apabila tisu atau kulit tercedera. Kolagen membantu dalam proses penyembuhan dengan menghasilkan jaringan yang menguatkan tisu yang tercedera.

Kolagen dan saluran darah yang baru terbentuk dengan aktif dalam masa tiga hingga lima bulan me–nyebabkan parut kelihatan tebal dan kemerah-merahan.

Proses ini akan berlanjutan sehingga satu tahap apabila jaringan kolagen yang terbentuk akan terlerai dan pengaliran ke saluran darah menurun.

Parut akan kelihatan semakin rata, lembut dan pudar. Parut yang sedemikian dikenali sebagai parut matang. Sekiranya penghasilan kolagen berlebihan dan tidak teratur, tisu fibrosis akan meningkat menyebab-

kan parut lebih tebal dari permukaan kulit dan keras.

Parut keloid

Berbeza dengan parut normal, keloid berlaku apabila saiz parut yang menebal menjadi semakin besar hingga melepasi kawasan luka. Malah, saiznya boleh bertambah jika tidak dirawat dengan segera.

“Ia terjadi apabila tisu penghubung terus membahagi walaupun bahagian luka sudah dipenuhi dengan tisu baru hingga menyebab–kan kawasan luka menjadi timbul. Jika tidak dirawat awal, keloid atau parut

yang timbul lebih sukar untuk ditangani.

“Biasanya keloid terbentuk apabila berlaku kecederaan kulit disebabkan tindik, jerawat, tatu, luka (sama ada akibat terbakar, pembedahan atau terkena objek tajam), calar dan suntikan jika sensitif terhadap keloid.

“Namun, keloid lebih mudah dikesan pada parut yang kelihatan semakin membesar di bahagian bekas suntikan vaksin BCG yang timbul di permukaan kulit,” katanya.

Tambahnya, masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, tetapi penyelidikan mendapati ia adalah keadaan yang diwarisi de–ngan erti kata lain berkaitan faktor genetik.

Keloid lebih cenderung terjadi di beberapa bahagian badan seperti belakang badan, telinga, lengan, bahu dan dada, namun ia jarang berlaku di kawasan muka.

Parut keloid boleh terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya kulit sensitif atau penghasilan kolagen semula jadi secara berlebihan oleh badan.

Ujarnya, sesetengah bangsa terutama yang berkulit gelap seperti keturunan Afrika dan Mediterranean lebih berisiko ting–gi mendapat keloid tanpa mengira jantina dan usia.

Walaupun individu itu mengalami hanya satu keloid, mereka berisiko tinggi untuk mendapat lebih banyak keloid. Lebih unik, masalah keloid boleh berulang walaupun individu itu sudah melakukan rawatan.

Ini disebabkan keloid kurang berkesan terhadap rawatan yang dilakukan dan memerlukan terapi multimoda khas untuk membantu mengatasi masalah berkenaan daripada terus berkembang.

“Keloid boleh dikawal, tetapi tidak dapat dicegah kerana tiada siapa tahu punca dan sebab ia terjadi. Malah, pemakanan juga tidak mempunyai kaitan dengan pembentukan keloid.

“Terdapat beberapa ciri parut keloid seperti licin, berkilat, benjolan yang agak keras dan berkumpul. Malah, warnanya juga berbeza antara individu sama ada mengikut rona kulit, merah atau coklat.

“Keloid boleh jadi beng–kak, sakit dan gatal terutama ketika pembentukan–nya. Parut jenis ini biasanya berlaku kepada sesiapa saja yang berusia antara 10 hing–ga 30 tahun ke atas,” kata–nya.

Rawatan

Kaedah terbaik mengatasi keloid ialah jangan benarkan ia berlaku, dalam kata lain, elakkan diri daripada mengalami sebarang perkara yang boleh menyebabkan kecederaan kulit.

Terlebih dulu, doktor akan membuat pengesahan dulu sama ada parut itu keloid atau parut hipertrofi kerana kaedah rawatannya berbeza.

Parut yang terbentuk akan pudar mengikut masa, tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya. Namun, ada beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mencapai parut yang optima.

Parut yang mempunyai komplikasi juga boleh dirawat mengikut keadaan parut yang dialami.

Teknik rawatan luka yang baik:

- Pastikan kulit yang tercedera dirawat dengan baik. Teknik dan kesan jahitan yang betul akan menghasil–kan kualiti parut yang baik.

- Elakkan jangkitan pada luka.

Pastikan keadaan luka bersih dan tidak dijangkiti kuman. Luka yang me–ngambil masa lebih dari dua minggu untuk sembuh akan menghasilkan parut hipertrofi atau keloid.

- Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari.

Pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan parut lebih gelap daripada rona kulit normal.

Gunakan krim pelindung tabir suria dan pakai pakaian yang boleh me–nutup kulit daripada terkena sinaran matahari ketika berada di kawasan terbuka.

- Urutan parut.

Urutan berkala pada parut dengan menggunakan minyak atau krim pelembap akan memberi tekanan pada tisu fibrosis dan menjadikan pengaliran darah ke tisu tersebut tidak aktif.

- Gel silikon.

Gel silikon membantu melembutkan parut yang terbentuk. Ia boleh didapati dalam bentuk pepejal yang boleh diletakkan terus ke atas parut atau krim sapuan.

- Sarung tekanan khas (pressure garment)

Ia adalah pakaian yang dijahit khas mengikut tekanan yang sesuai dan dipakai ke atas parut. Sarung ini hendaklah dipakai setiap masa kecuali ketika mandi.

Ia perlu dipakai sekurang-kurangnya satu tahun iaitu sehingga parut mencapai tahap matang.

- Suntikan steroid

Suntikan steroid ke dalam tisu parut membantu mengecutkan saluran darah dalam tisu berkenaan dan seterusnya menyebabkan proses pembentukan tisu fibrosis menjadi tidak aktif.

Bagaimanapun, prosedur ini perlu dilakukan secara berkala sehingga parut menjadi rata. Rawatan ini bukan sesuai untuk semua individu yang mengalami masalah parut terutama ibu hamil.

- Terapi laser

Ada sesetengah peralatan laser yang boleh digunakan untuk merawat parut pada peringkat awal. Namun, kos rawatan yang perlu ditang–gung adalah faktor utama cara ini kurang mendapat sambutan.

Penggunaan tahap ke–tinggian laser yang digunakan bergantung kepada saiz dan ketebalan parut. Kebiasaannya, individu yang menghadapi parut keloid perlu melalui tiga hingga empat sesi rawatan.

- Pembedahan

Pembedahan dilakukan sekiranya parut mempu–nyai komplikasi yang tidak diingini. Pembedahan membantu mengubah arah parut supaya tidak begitu ketara.

Parut kontraktur yang sering berlaku selepas kecederaan pada kulit akibat luka kebakaran, melecur atau kehilangan kulit perlu dibedah untuk melepaskan kulit yang tertarik.

Ini akan menghasilkan luka baru dan perlu ditutup semula dengan kulit yang diambil daripada bahagian tubuh lain seperti kulit paha. Pesakit yang menjalani pembedahan untuk perawatan parut mestilah memberi komitmen dalam program rehabilitasi parut untuk mengelakkan komplikasi parut berulang.

Langkah yang perlu diambil:

- Beritahu doktor jika anda pernah mengalami keloid atau sebarang masalah berkaitan parut supaya strategi pencegahan boleh dirancang. Individu yang mempunyai sejarah keloid berkemungkinan tinggi mendapat masalah sama pada masa akan datang jika berlaku luka.

- Elakkan daripada bertatu, bertindik atau menjalani sebarang rawatan ‘ubah suai’ jika anda ada kecenderungan mengalami keloid. Ini kerana keloid boleh berlaku pada bahagian berkenaan.

- Minta pakar bedah anda merawat luka pembedahan dengan sebaiknya bagi mengelakkan pembentukan keloid.

- Balut bahagian luka dan keloid yang sedia ada dengan kain pembebat sebelum anda melakukan aktiviti luar dan terdedah kepada cahaya matahari. Cahaya matahari boleh menyebabkan keloid menjadi gelap dan nampak lebih ketara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 9:46 AM