DIET seimbang meningkatkan kesihatan kulit.
DIET seimbang meningkatkan kesihatan kulit.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


CUACA panas boleh menjejaskan kulit menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam, kering dan bertompok.

Rakyat Malaysia lebih terdedah kepada masalah ini memandangkan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Tetapi diet yang seimbang, pengambilan vitamin, amalan minum air, penggunaan krim pelindung matahari setiap hari dan langkah berjaga-jaga lain boleh membantu melindungi penampilan serta kesihatan kulit anda.

Pakar Estetik Berlesen Laura Chacon Garbato menyatakan, kulit yang sihat menampilkan wajah berseri.

Ada beberapa cadangan untuk memastikan kulit sihat berseri, walaupun semasa melancong.

LAURA
LAURA

1.Meningkatkan protein

Protein adalah bahan penting dalam proses pembaikan tisu dan pembinaan tisu baharu.

Sel memerlukan protein untuk pembaikan dan badan menggunakan protein untuk menggantikan sel kulit yang lusuh atau mati.

Kita boleh makan ayam, daging, ikan, soya atau tauhu untuk menambah protein dalam diet harian.

2.Kepentingan antioksidan dan fitonutrien

Walaupun protein amat penting untuk kulit yang sihat, antioksidan dan fitonutrien juga amat diperlukan untuk kesihatan kulit serta kesejahteraan keseluruhan.

Sesetengah bahan daripada tumbuhan terkumpul dalam kulit dan mengukuhkan mekanisme pertahanan antioksidan bagi sel kulit.

Pastikan diet mengandungi buah-buahan seperti beri biru, epal, betik dan tembikai, manakala sayur-sayuran pula seperti brokoli, bayam, tomato serta kubis daun.

Pengambilan kolagen. Kolagen dalam badan manusia membentuk 25 hingga 30 peratus daripada jumlah protein dengan 75 peratus meliputi kolagen kulit.

Kolagen terletak terutama pada tisu penghubung dan berfungsi untuk memberikan struktur kukuh pada dermis.

Dalam proses penuaan, kulit mengalami kehilangan lembapan secara beransur-ansur dan menjadi semakin kering.

Apabila ini berlaku, dermis semakin nipis, tisu penghubung hilang ketegangan dan keanjalan, manakala kedutan dan kedutan mula menjelma.

Untuk membantu kulit melalui proses penuaan secara anggun, dapatkan produk dengan kolagen terhidrolisis yang berfungsi daripada dalam untuk menyokong struktur kulit.

3. Pengambilan air

Aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh di negara cuaca panas seperti Malaysia boleh menyebabkan badan kehilangan air dan elektrolit ketara.

Perlu memastikan badan terus mendapat air secukupnya. Jangan keluar rumah tanpa membawa bersama minuman atau makanan yang boleh menghilangkan dahaga.

Air kosong memang bermanfaat dan langkah menambah perisa atau buah segar akan menambah kelazatan serta menggalakkan untuk minum dengan lebih kerap.

Pengambilan buah-buahan juga satu cara untuk mengekalkan penghidratan.

Jangan lupa menyemak kandungan karbohidrat dalam sebarang perisa tambahan atau buah-buahan yang diambil.

Sebaik-baiknya, cuba elak pengambilan minuman bergula seperti minuman bergas yang boleh menambah rasa dahaga.

4.Gunakan krim pelindung matahari setiap hari

Jangan lupa memakai SPF setiap kali melakukan aktiviti riadah di bawah cahaya matahari.

Krim ini perlulah mengandungi sekurang-kurangnya faktor pelindung matahari (SPF) 15 atau lebih.

Disarankan menggunakan krim pelindung matahari ini 30 minit sebelum keluar rumah untuk mendapat perlindungan maksimum.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 6:20 AM