Oleh Afiq Hanif

ASUS memperkenalkan telefon pintar terbaru yang fokus kepada fungsi kamera melalui Zen­fone Zoom direka berasaskan bahan kulit di bahagian belakang.

Pada harga RM2,099, ia mempunyai RAM sebanyak 4GB bersama kadar storan tinggi iaitu 128GB.

Zenfone Zoom menjadi telefon pintar ternipis yang menampilkan kamera belakang 13MP dan kelengkapan zum optikal sebanyak 3x di samping lensa 10 elemen, sekali gus menjadikan jumlah zum digitalnya menjangkau 12x untuk merakam foto lebih jelas.

Menggunakan lensa Hoya, ia mempunyai teknologi PixelMaster 2.0 yang memungkinkan rakaman pada pencahayaan rendah lebih baik berbanding mana-mana telefon lain di pasaran selain turut memiliki penstabil imej optikal bagi mengurangkan gegaran ketika merakam gambar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 6:04 AM