PEMENANG (dari kiri) Tan Chong Beng, Yeoh Chun Yen dan Ong Wen Jun daripada Nanyang Technology University, Singapura.
PEMENANG (dari kiri) Tan Chong Beng, Yeoh Chun Yen dan Ong Wen Jun daripada Nanyang Technology University, Singapura.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Tidak akan ada pemberhentian pekerja lagi ataupun Skim Permisahan Bersama (MSS) ditawarkan kepada kakitangan CIMB Group untuk tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Menurutnya, CIMB Group sekarang berada di landasan yang kukuh untuk mencapai sasarannya.

"Pada Mac 2015, dianggarkan kira-kira 3,000 kakitangan telah mengambil MSS dan tahun ini kami akan lebih memberi fokus kepada hala tuju kumpulan.

"Oleh itu, tahun ini, tidak akan ada pengurangan pekerja mahupun MSS untuk kakitangan CIMB Group Malaysia dan Indonesia," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Juara Serantau Cabaran Saham CIMB Asean 2015, di sini, hari ini.

Pertandingan Juara Serantau Cabaran Saham CIMB Asean 2015 menyaksikan peserta dari Universiti Nanyang Teknologi (Singapura) bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD12,000 dan lawatan sambil belajar ke London Stock Exchange.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 5:29 PM