IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Muhammad Apendy Issahak

Teluk Intan: Mayat lelaki ditemui dalam kereta di kawasan perindustrian Jalan Kampung Banjar, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, berkata bomba menerima panggilan daripada polis bagi membantu menggeluarkan mayat lelaki berkenaan, pada 11.49 pagi ini.

Maklumat daripada polis memaklumkan lelaki India berusia lingkungan 49-an dipercayai mati dalam kereta.

“Menurut polis juga mangsa dipercayai sudah mati sejak tiga hari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, bomba kemudian menggunakan alat pemotong untuk menggeluarkan mayat mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi bantuan menggeluarkan mayat itu selesai pada 12.09 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 3:35 PM