FAHRIN Ahmad.
FAHRIN Ahmad.
Oleh Michelle Gun

Dalam kesibukan mengendalikan karier lakonan dan rumah tangga, selebriti Fahrin Ahmad, 36, masih mampu meluangkan masa untuk bersukan.

Menurut bintang Pilot Cafe itu, keprihatinan terhadap kesihatan tubuh bermula selepas menjangkau usia 30 tahun.

“Dulu, saya tidak pernah mengambil berat terhadap kesihatan kemudian barulah saya menyedari kesan terhadap tubuh badan,” katanya.

Fahrin beritahu dia gemar bersukan terutamanya bola sepak, namun dia memperlahankan aktiviti itu sejak berkahwin pada Mei tahun lalu.

“Kini saya banyak menghabiskan masa bersama isteri dan lebih tumpukan perhatian terhadap kerjaya seni. Bagaimanapun, saya tidak abaikan senaman,” katanya pada sidang media jam pintar Samsung Gear S2 baru-baru ini.

Bagi memastikan tubuhnya sentiasa cergas, Fahrin menggunakan jam pintar Samsung Gear S2 untuk memantau tahap kesihatannya.

“Jam ini sangat efisien kerana bukan saja berguna ketika bersenam, tetapi dapat memantau jantung dan kalori dalam tubuh. Sejak menggunakan gajet itu pada November lalu, badan saya lebih cergas dan mendapatkan rehat yang cukup,” katanya.

Selain bersenam, pelakon itu juga mengamalkan diet seimbang dan mengambil makanan tambahan setiap hari.

“Sebelum sarapan pagi, saya akan berlari selama 25 minit serta memastikan saya mendapat waktu tidur mencukupi iaitu sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Justeru, golongan muda perlu mengambil berat kesihatan tubuh daripada semua aspek agar dapat menjauhi penyakit,” katanya.

Mengenai kerjaya pula, Fahrin menjelaskan jam pintar itu memudahkan dia menyemak mesej dan notifikasi penting.

“Jam pintar ini pelengkap dalam kehidupan seharian kerana fungsinya yang pelbagai. Dalam aspek komunikasi, ia amat berguna apabila ada urusan penting kerana telefon bimbit diletakkan pada ‘mode’ senyap.

“Saya boleh menyemak kiriman mesej, e-mel dan juga notifikasi penting terutamanya berkenaan keputusan perlawanan bola sepak,” kata­nya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin akan muncul dalam program realiti pencarian bakat baru pemain bola sepak pada masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 10:12 AM