SAMSUNG Gear S2 Classic
SAMSUNG Gear S2 Classic
Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Individu yang menempah jam pintar terbaru Samsung, Gear S2 dengan versi biasa dan klasik pada harga RM1,399 serta RM1,599 akan menerima gajet masing-masing bermula 27 November ini, lebih awal daripada jualan di pasaran.

Selain itu, Samsung turut menawarkan pengecas tambahan percuma bagi 500 tempahan pertama.

Gear S2 memiliki skrin bersaiz 1.2 inci dengan beroperasi pada OS Tizen yang turut menggunakan pemprosesan Exynos 3250 dual core 1GHz bersama RAM 512MB.

Ia mempunyai reka bentuk bulat dengan gelung di keliling jam bagi mengoperasikan S2.

Jam terbabit dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari dengan sekali cas pada penggunaan aktif.

Ia hanya akan mula dijual di pasaran bermula Disember ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 8:31 PM