TIARA (dua dari kanan) ketika pelancaran Galaxy Note 4.
TIARA (dua dari kanan) ketika pelancaran Galaxy Note 4.
Syanty Octavia Amry


Menjadi salah seorang penggemar telefon pintar Samsung antara sebab pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Abdullah dipilih menjadi salah seorang selebriti untuk berkongsi apa yang menarik mengenai produk terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 4.

Dilancarkan Rabu lalu, Tiara berkata, dia sudah menggunakan telefon pintar Samsung sejak Galaxy S diperkenalkan buat pertama kali.

"Jika diikutkan saya seorang yang sukar hendak bercakap atau memberi kerjasama terhadap mana-mana produk.

"Namun, atas sebab saya pengguna tegar Samsung apabila mereka menawarkan saya menjadi selebriti pilihan untuk berkongsi pengalaman menggunakan produk mereka saya tiada masalah.

"Saya seorang yang suka membelek satu-satu aplikasi yang terdapat pada sesuatu telefon bimbit. Justeru, apabila sudah melihat Galaxy Note 4 ini, saya tertarik.

"Banyak aplikasi baru disediakan dan paling membuat saya teruja ialah aplikasi 'wide selfie' di mana apabila kita mengambil gambar kita boleh dapat seluruh tempat di sekeliling kita.

"Disebabkan saya seorang yang suka berselfie rasa seronok pula dengan aplikasi baru ini dan saya yakin peminat selfie di luar sana juga tidak sabar untuk menggunakan sendiri aplikasi ini," katanya ketika ditemui selepas pelancaran produk berkenaan.

Selain Tiara, Fahrin Ahmad juga turut dipilih menjadi selebriti untuk berkongsi kisah menariknya sepanjang menggunakan Galaxy Note 4.

"Saya seorang yang sukakan gajet dan kesibukan sebagai pelakon membuat­kan saya hanya berpeluang melihat isu-isu semasa melalui telefon pintar.

"Dengan adanya Galaxy Note 4 yang terdapat lebih banyak aplikasi baru, saya boleh menonton berita sukan, perlawanan bola sepak atau apa juga di mana-mana saja," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Samsung Malaysia Elektronik Sdn Bhd, Lee Dong Yong, Ketua Pemasaran Produk Bahagian Mobil, Luke Au dan Pengurus Pemasaran Produk Bahagian Mobil, Go Benn Lee.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:00 AM