DATUK Seri Ahmad Husni Hanadzlah. FOTO Bernama
DATUK Seri Ahmad Husni Hanadzlah. FOTO Bernama
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempengerusikan Jawatankuasa Dasar Fiskal bulan ini untuk penyesuaian semula Bajet 2016.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai oleh beliau sendiri, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz serta beberapa menteri berkaitan dan akan dipengerusikan Najib selaku Menteri Kewangan.

Katanya, tahun ini adalah tahun yang cukup mencabar kerana berlakunya kejatuhan harga minyak.

"Kita tidak menjangka harga minyak akan jatuh dari AS$48 setong kepada AS$31 setong," katanya selepas merasmikan Simposium Perniagaan di sini, hari ini.

Jumaat lalu,Najib berkata Bajet 2016 akan disesuaikan semula selepas mengambil kira keadaan ekonomi global semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 1:34 PM