Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI disyaki membelasah doktor dalam klinik di Bandar Baru Bangi yang videonya tular ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika tampil memberi keterangan, kira-kira 2 petang.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama satu hari hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fahrul Anuar di talian 014-3700870 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi, di Kajang, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis sudah mengambil keterangan suspek berkenaan, kelmarin, selepas menerima laporan daripada doktor berusia 32 tahun yang dipukul di dalam klinik.

Terdahulu, video berdurasi dua minit 20 saat memaparkan seorang doktor ‘dibelasah’ di klinik tular sejak Khamis lalu.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki dikatakan menyerang doktor berkenaan berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang keluar bersama isterinya.

Berita berkaitan:

  • Polis sudah ambil keterangan pelaku belasah doktor [METROTV]
  • Doktor dipijak kerana cemburu [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:37 PM