GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti beberapa laman media sosial memaparkan dakwaan maklumat siasatan dibocorkan berkaitan kes Zayn Rayyan kepada umum.

Bahagian Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataannya berkata MCMC sudah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk penurunan kandungan terbabit.

Menurut kenyataan itu, penyebaran dakwaan maklumat siasatan kes berkenaan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes.

" MCMC memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu.

" Pengguna media sosial dinasihatkan untuk memadam hantaran atau sebarang komen yang boleh menimbulkan spekulasi," katanya.

Berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi satu kesalahan di

bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, serta denda lanjutan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari

kesalahan tersebut diteruskan selepas pensabitan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 4:03 PM