FAHMI diiringi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin (dua dari kiri) memotong riben ketika majlis perasmian dan penyerahan Sumbangan Aidiladha di Mydin Mart Pantai Dalam, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim
FAHMI diiringi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin (dua dari kiri) memotong riben ketika majlis perasmian dan penyerahan Sumbangan Aidiladha di Mydin Mart Pantai Dalam, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Satu khabar baik berkaitan barangan makanan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut yang akan diumumkan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan.

"Ada berita baik daripada Perdana Menteri. Tidak lebih daripada itu. Kita tunggu Perdana Menteri.

"Ia menunjukkan apabila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, kita berupaya untuk membuat pengumuman seperti yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri esok," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mydin Mart Pantai Dalam dan Penyerahan Sumbangan Aidiladha di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar bukan hanya hanya akan menyantuni rakyat, tetapi turut menyelesaikan perkara yang dihadapi.

"Yang cuba kita perbetulkan adalah kelemahan dalam sistem yang sudah terlalu lama diambil kesempatan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak patut mengambil kesempatan.

"Insya-Allah yang akan dilakukan bukan untuk hanya kita fokus hari ini, tetapi masa hadapan lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 12:05 PM