Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam direman tiga hari.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini sehingga Sabtu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas menerima permohonan SPRM.

Penahanan itu membolehkan semua suspek berusia 40 hingga 60-an itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Mereka ditahan semalam susulan dakwaan terbabit pembinaan 28 telaga jari di bawah Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW) yang tidak dapat berfungsi dalam membekalkan air kepada penduduk.

2 bekas pegawai kanan syarikat air Kelantan, 2 konsultan ditahan SPRM

SPRM siasat 10 projek pembinaan telaga jejari lebih RM300 juta

Pili ada tapi air tiada, telaga tiub dan perigi sudah kering

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2024 @ 3:11 PM