Pengunjung yang membeli tiket masuk ke Dinoland Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Putrajaya hujung minggu ini berpeluang mendapatkan tiket Splash Mania pada harga istimewa secara kombo. Namun, ia terhad kepada 150 tiket untuk pengunjung terawal. - Foto hiasan NSTP
Pengunjung yang membeli tiket masuk ke Dinoland Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Putrajaya hujung minggu ini berpeluang mendapatkan tiket Splash Mania pada harga istimewa secara kombo. Namun, ia terhad kepada 150 tiket untuk pengunjung terawal. - Foto hiasan NSTP
Mohd Nasaruddin Parzi

Kuala Lumpur: Pengunjung Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Putrajaya hujung minggu ini berpeluang mendapatkan tiket masuk kanak-kanak ke taman tema air terbesar, Splash Mania, pada harga istimewa.

Pengurus Besar Operasi Perniagaan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Aswan Abd Kadir, berkata sebanyak 150 tiket disediakan melalui pembelian secara kombo bersama tiket masuk ke Dinoland di reruai NSTP.

"Pengunjung yang membeli tiket masuk ke Dinoland berpeluang mendapatkan tiket Splash Mania pada harga istimewa secara kombo. Namun, ia terhad kepada 150 tiket untuk pengunjung terawal," katanya.

Splash Mania berkeluasan 6.47 hektar yang dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove mula dibuka kepada orang ramai Februari tahun lalu.

Taman tema air itu menawarkan 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelungsur dan ia mampu memuatkan 4,000 pengunjung dalam satu masa.

Splash Mania turut dilengkapi dengan laluan sungai sepanjang 400 meter yang memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung selain mempunyai kawasan ombak dan jakuzi

Karnival Jom Heboh edisi raya akan berlangsung di Tapak Parkir Presint 3 Putrajaya, dengan pelbagai aktiviti dan program menarik akan disediakan buat pengunjung yang hadir.

Sempena penganjurannya, reruai Dinoland akan terus tersedia kepada pengunjung dengan harga tiket masuk RM20 untuk satu keluarga berserta satu sesi 'photobooth'.

Dinoland bakal menampilkan kelainan dalam Karnival Jom Heboh edisi kali ini, terutama untuk membawa kembali orang ramai ke zaman dinosaur, sekali gus menambah rasa teruja pengunjung khususnya kanak-kanak.

Pelbagai reruai lain turut disediakan Media Prima Berhad (MPB), menampilkan rangkaian produk popularnya seperti TV3, TV9, NTV7, Tonton, WOWShop, akhbar New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Tidak ketinggalan stesen radio Hot FM, Buletin FM, Molek FM, aplikasi Waktu Solat Malaysia, Oh Bulan, Sirap Limau, Seismik TV, Vocket dan jenama kandungan popular, Drama Sangat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 3:02 PM