Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang hari ini selepas 53 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang hari ini selepas 53 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Oleh Rohaniza Idris


Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang hari ini selepas 53 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut kenyataan pejabat bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu bagi menjalani rawatan akibat jangkitan yang memerlukan pemerhatian.

"Dr Mahathir dibenarkan pulang jam 11.30 pagi tadi selepas menjalani rawatan di IJN," kata kenyataan ringkas itu.

Pada 11 Mac lalu, pemimpin berusia 98 tahun itu turut membuat hantaran di media sosial dan mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2024 @ 3:48 PM