Raja Noraina Raja Rahim

 

 

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN).

Jurucakapnya berkata, Dr Mahathir masih menerima rawatan lanjut di institut berkenaan.

Pengamal media mula berkumpul di hadapan IJN di sini, bagi mendapatkan perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kali kedua bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dilaporkan semakin pulih.

Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.

DR Mahathir dilaporkan sudah berinteraksi dengan keluarga. FOTO arkib NSTP
DR Mahathir dilaporkan sudah berinteraksi dengan keluarga. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 4:39 PM