Foto fail
Foto fail
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan dengan 521 mangsa masih terjejas.

Setakat jam 4 petang, kesemua mangsa daripada 170 keluarga berada di tiga PPS di Dungun.

Dungun menjadi satu-satunya daerah yang masih dilanda banjir gelombang keempat yang bermula Selasa lalu.

Pagi tadi, seramai 782 mangsa daripada 228 keluarga berada di enam PPS di daerah berkenaan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, tiga PPS yang masih aktif adalah Dewan Serbaguna Kampung Shukor,Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi.

PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 247 mangsa daripada 96 keluarga diikuti Dewan Serbaguna Kampung Shukor yang menjadi tempat berteduh 226 mangsa (61 keluarga).

Seramai 48 mangsa daripada 13 keluarga lagi berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi.

Keadaan cuaca ketika ini mendung di kebanyakan kawasan di negeri ini.

Sementara itu, laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiada sungai direkodkan melepasi paras bahaya, amaran dan waspada.

Cuaca yang baik menyebabkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan walaupun masih melepasi paras normal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2024 @ 4:56 PM