GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Payar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa berusia 43 tahun itu beralamat di Kajang, Selangor.

Beliau berkata, pada 2 petang semalam, petugas Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan kepada Balai Polis Langgar berhubung kematian wanita terbabit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke HSB.

"Berdasarkan siasatan, mangsa ketika itu menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di perairan Pulau Payar sebelum dia dipercayai lemas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2024 @ 10:03 AM