ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Kampung Teluk Bulang, semalam. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di Kampung Teluk Bulang, semalam. FOTO ihsan Bomba
Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Wanita warga emas yang melecur 80 peratus di badan selepas rumahnya di Jalan Batas Paip, Teluk Bulang, di sini terbakar, semalam meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Rokiah Hussain, 78, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, mangsa diselamatkan anak lelakinya berusia 46 tahun ketika rumah mereka terbakar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan mangsa meninggal dunia pagi tadi di hospital dan siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian.

Harian Metro semalam melaporkan mangsa yang tidak dapat berjalan sempat diselamatkan anak lelakinya ketika rumah mereka terbakar.

Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke HSB.

Berita berkaitan:

  • Warga emas melecur rumah terbakar
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 1:40 PM