KEHILANGAN Bella sejak 14 Disember lalu masih menimbulkan misteri. FOTO Ihsan Pembaca
KEHILANGAN Bella sejak 14 Disember lalu masih menimbulkan misteri. FOTO Ihsan Pembaca
Alias Abd Rani


Batu Pahat: Selepas hampir sebulan dilaporkan hilang, ibu kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella seolah-olah dibukakan hijab apabila terbayang-bayang anaknya itu meminta pertolongan.

Kakak kepada Bella, Norhisham, 36, berkata, ibunya Noraini Salleh, 55, menceritakan kejadian itu berlaku ketika menunaikan solat Subuh, kelmarin, dan mendakwa terlihat bayangan Bella dalam keadaan meronta-ronta.

"Emak memberitahu nak solat lama, tambahan pula kehadiran Rejab dengan harapan Allah memberi petunjuk mengenai Bella.

"Ketika sujud, emak terlihat bayang-bayang Bella meronta dengan semua anggota (tangan dan kaki) terikat," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, ibu juga memberitahu pernah bermimpi ternampak kelibat Bella memasuki rumah sebelum terjaga daripada tidur.

"Sejak itu, emak tidak lagi dapat tidur lena mengenangkan nasib Bella. Emak sebenarnya risau apa sedang berlaku pada Bella yang sehingga kini belum ada berita mengenainya," katanya.

Ketika ini, Norhisham memberitahu, mereka sekeluarga masih menaruh harapan agar Bella ditemui dalam keadaan selamat.

Jelasnya, dia kasihan melihat ibunya yang ketika ini dalam keadaan sedih menanti kepulangan Bella.

Kehilangan Bella yang juga ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun pada malam 14 Disember lalu menimbulkan misteri apabila belum ditemui sehingga kini.

Berita berkaitan:

Teman lelaki dibebaskan, keluarga Bella terkejut

'Umi dah balik ke belum' - Anak Bella

Teman lelaki Bella dibebaskan

Saya nak jumpa dia hidup-hidup

Bella disyaki diculik, teman lelaki ditahan

Di mana Bella?

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2024 @ 1:43 PM