RAKAMAN gambar tular di media sosial. FOTO tular media sosial
RAKAMAN gambar tular di media sosial. FOTO tular media sosial
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Beberapa laluan utama sekitar Shah Alam, Puchong, Klang dan Subang Jaya sesak akibat banjir kilat yang berlaku susulan hujan lebat petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas ialah susur keluar Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berhampiran Bukit Raja, Klang; Seksyen 7, Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan; Jalan Puchong; Padang Jawa; Jalan Bukit Kuda, Klang.

Turut terjejas Persiaran Kayangan, Seksyen 9 (hadapan Hotel Concorde) dan Persiaran Sukan, Seksyen 13 (hadapan Franchise Ramli Burger).

Selain itu, air turut dilaporkan naik di Persimpangan Puspakom, Seksyen 16, Persiaran Masjid (Bersebelahan Kolam Takungan Seksyen 5) dan Jalan Kapar, Seksyen 27.

Banjir kilat turut menyebabkan beberapa kenderaan terjejas akibat meredah laluan yang dinaiki air.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan orang ramai diminta mengelak menggunakan laluan tersebut dan dinasihatkan untuk mencari laluan alternatif," maklum MBSA di Facebook.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, orang ramai boleh menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510 5811.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 10:33 PM