LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Pasangan kekasih yang ditahan bagi siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun pada Jumaat lalu akan dihadapkan ke mahkamah di sini esok.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, tempoh reman lelaki berusia 37 tahun dan teman wanitanya berusia 39 tahun berakhir hari ini.

"Mereka akan dihadapkan ke mahkamah esok," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pasangan kekasih itu ditahan polis susulan laporan polis yang diterima pada 4.13 petang pada Jumaat lalu.

Ia susulan pendedahan seorang wanita yang memaklumkan menerima maklumat kanak-kanak itu berada dalam bilik air dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2023 @ 5:33 PM