Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 2.4 meter di dalam longkang hadapan sebuah rumah di SS12, Subang Jaya, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 2.4 meter di dalam longkang hadapan sebuah rumah di SS12, Subang Jaya, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Subang: Ular sawa sepanjang 2.4 meter ditemui dalam longkang di hadapan sebuah rumah di SS12, Subang Jaya di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu pada jam 8.04 pagi.

Beliau berkata, pemilik rumah yang menyedari kehadiran reptilia itu menghubungi bomba sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, anggota mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam longkang sebelum memulakan kerja mengeluarkan reptilia itu.

"Anggota menggunakan alat penjerut dan berjaya menangkap ular terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada individu dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2023 @ 1:11 PM