IHSAN Angkatan Pertahanan Awam
IHSAN Angkatan Pertahanan Awam
Hamzah Osman


ULAR sawa sepanjang 2.4 meter tewas di tangan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), di Jalan Teluk Pauh, dekat Lebuh Raya Langkawi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Lt (PA) Nalzatul Ashikin Nordin, berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 5 petang.

Katanya, pekerja pembersihan pencawang elektrik yang menemui reptilia itu.

"Sejurus menerima panggilan, sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan mereka mengambil kira-kira 15 minit untuk menangkap sawa itu menggunakan penjerut.

"Ular 10 kilogram itu yang dipercayai keluar dari semak berhampiran tidak bertindak agresif tetapi cuba melarikan diri," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ular itu dibawa balik ke pejabat APM di Bukit Tekoh dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 10:17 AM