Anggota bomba menangkap ular di kawasan parkir sebuah rumah. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba menangkap ular di kawasan parkir sebuah rumah. FOTO Ihsan Bomba
Siraj Mohd Zaini


SEBUAH keluarga terkejut selepas melihat ular sawa sepanjang tiga meter melingkar di kawasan parkir rumah mereka di Jalan Labis 65, Klang hari ini.

Ular sawa itu dipercayai baru saja memasuki perkarangan rumah itu sebelum ditemui pemilik rumah jam 2.30 pagi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ular berkenaan ditemui melingkar bersebelahan sangkar anjing di kawasan parkir rumah itu.

“Anggota bomba menggunakan penjerut khas menangkap reptilia berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menangkap ular terbabit sebelum dilepaskan ke lokasi selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 2:42 PM