Bomba menjalankan kerja menyelamat selepas sebuah kereta tercampak kedalam gaung dan terbakar berhampiran Jeram Toi. Foto Ihsan Polis
Bomba menjalankan kerja menyelamat selepas sebuah kereta tercampak kedalam gaung dan terbakar berhampiran Jeram Toi. Foto Ihsan Polis

Jelebu: Pemandu sebuah Proton Persona dipercayai terbunuh selepas kereta itu terbakar sebaik tercampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter pada kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Klawang berhampiran Jeram Toikira, jam 10 pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kereta berkenaan tercampak ke dalam gaung selepas dipercayai dilanggar sebuah lori dari arah Seremban.

Proton Persona itu pula datang dari arah Kuala Klawang.

"Setakat ini, pemandu kereta dipercayai terbunuh. Pemandu lori pula cedera dan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan.

"Jumlah sebenar mangsa masih dikenal-pasti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 12:58 PM