Mohd Izham Safwan meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabit kemalangan  dekat empangan Semenyih, Jalan Kajang - Kuala Klawang pada  11.45 pagi hari ini. FOTO ihsan PDRM
Mohd Izham Safwan meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabit kemalangan dekat empangan Semenyih, Jalan Kajang - Kuala Klawang pada 11.45 pagi hari ini. FOTO ihsan PDRM
Mohd Azam Shah Yaacob


PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan dekat empangan Semenyih, Jalan Kajang - Kuala Klawang pada 11.45 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa, Mohd Izham Safwan Mohd Ghazali, 30, dipercayai sedang berkonvoi bersama beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi lain dalam perjalanan dari Kajang menuju Kuala Klawang.

Katanya, sebaik berada di laluan dekat dengan empangan Semenyih, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan terbabas ke laluan bertentangan.

“€œKetika kejadian, kebetulan terdapat sebuah lori sedang melalui laluan dari arah Kuala Klawang ke Kajang.

“€œMangsa yang tidak dapat mengawal motosikal kemudian merempuh bahagian hadapan lori terbabit menyebabkan tercampak ke tengah jalan,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 4:55 PM