GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor menahan lima orang awam kerana meminta rasuah berjumlah RM3,000.

Menurut sumber SPRM, kelima-lima suspek lelaki yang berusia antara 24 hingga 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor di sini, kira-kira 8 malam tadi.

"Difahamkan, kesemua suspek bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan satu kes kesalahan di bawah seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk," katanya. Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 12:07 AM