Gambar hiasan
Gambar hiasan
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan pegawai badan berkanun sebuah kementerian kerana dipercayai meminta suapan berjumlah RM22,000.

Suspek berusia 33 tahun yang sebelum ini bertugas di daerah di Sabah ditahan di pejabat SPRM di sini pada 12.30 tengah hari tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta wang berjumlah RM22,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah untuk permohonan reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2022 @ 6:46 PM