Muhamad Salleh (kanan) bersama isteri dan anaknya melihat gambar kenangan Allahyarham Muhammad Hafiz. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Muhamad Salleh (kanan) bersama isteri dan anaknya melihat gambar kenangan Allahyarham Muhammad Hafiz. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Keluarga penghantar makanan, Allahyarham Muhammad Hafiz Muhamad Saleh, 32, berharap hasil Laporan Awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berhubung tragedi di Elmina dapat digunakan untuk penambah baikan supaya tidak berlaku lagi pada masa depan.

Adik mangsa, Norhikmah Muhamad Saleh, 26, berkata, mereka sekeluarga sudah reda dengan pemergian abangnya dan menganggapnya sebagai suratan takdir yang sudah tertulis.

"Hasil laporan melalui Perakam Suara Kokpit (VCR) pesawat berkenaan lebih penting buat ahli keluarga semua mangsa yang berada di dalam pesawat berbanding kami," katanya ketika dihubungi di sini.

Muhammad Hafiz adalah antara 10 orang yang maut dalam tragedi Elmina, Shah Alam, Selangor yang berlaku pada 17 Ogos lalu.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan untuk menghantar pesanan pelanggan dengan menunggang motosikal sebelum pesawat yang membawa lapan individu termasuk Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun itu terhempas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 7:09 PM