GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Gombak: 103 pengunjung turut ditahan dalam serbuan ke atas pusat hiburan KTV di sekitar Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata,

selain tangkapan membabitkan 14 pegawai dan anggota polis serta dua timbalan pendakwa raya, polis menahan 52 lelaki dan 51 wanita.

"Tangkapan pengunjung adalah membabitkan 51 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Myanmar.

"Polis juga menahan 19 wanita warga Vietnam, 17 wanita warga China, sembilan wanita warga Thailand, tiga wanita warga Indonesia serta tiga wanita tempatan yang turut didapati positif dadah," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, di sini, hari ini.

Ayob Khan, hadir ke tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, yang maut dalam nahas pesawat Beechcraft 390, di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Katanya, kesemua 14 pegawai dan anggota polis ditahan kerana positif dadah dalam serbuan berkenaan kini ditahan tugas manakala dua timbalan pendakwa raya diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan 14 anggota serta dua timbalan pendakwa raya di pusat hiburan di Seremban.

Berita berkaitan:
14 pegawai, anggota polis bersama 2 TPR ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 3:54 PM