Lebih 25 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah. FOTO RUWAIDA MD ZAIN
Lebih 25 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah. FOTO RUWAIDA MD ZAIN
Ruwaida Md Zain


Klang: Lebih 25 anggota trafik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), kira-kira jam 8.50 pagi ini.

Mereka akan mengiringi setiap kenderaan yang membawa sembilan jenazah mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu ke destinasi pengebumian masing-masing.

Sebelum dibawa pulang, semua jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan solat jenazah.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kesemua sembilan mangsa nahas akan diserahkan kepada waris, mulai 9 pagi hari ini

Menurutnya, proses mengenal pasti mayat semua mangsa terbabit sudah selesai semalam.

Semalam, jenazah pertama, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dibawa ke Masjid Al Rahimiah, di Klang untuk solat jenazah sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 8:22 AM