LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini
BernamaBernama

Seremban: Polis Negeri Sembilan mengesahkan terdapat satu serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato' Sheikh Ahmad di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis negeri Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata serbuan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan individu yang terbabit dalam serbuan berkenaan.

"Saya hanya boleh sahkan satu serbuan telah dijalankan, laporan penuh belum siap lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Media melaporkan seorang pegawai kanan polis dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya (DPP) disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban, awal pagi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2023 @ 8:49 PM