Ahmad Ismail


Segamat: Tindakan campur jus ganja dalam botol cecair vape sebelum diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) disekitar Segamat.

Taktik licik bagi mengaburi mata pihak berkuasa itu terbongkar selepas polis menahan tiga sekeluarga iaitu bapa, anak lelakinya bersama isteri (menantu) yang disyaki mendalangi kegiatan haram itu, pada 15 Julai lalu.

Berikutan penahanan suspek lelaki tempatan berusia 49 tahun, lelaki bersama isterinya, keduanya berusia 24 tahun , polis merampas 58 botol cecair vape dipercayai campuran jus ganja dan turut menemui serbuk methamphetamine dengan nilai keseluruhan, RM11,840.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata kejayaan itu adalah hasil risikan pihaknya susulan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran cecair vape campuran jus ganja.

Bertindak atas maklumat, katanya, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menahan suspek pasangan suami isteri itu di kediaman mereka di kawasan sekitar Paya Pulai Segamat, kira-kira jam 5 petang.

"Melalui pemeriksaan dikediaman pasangan suspek, polis menemui satu plastik lut sinar disyaki serbuk methamphetamine anggaran seberat 0.80 gram bernilai RM180 dan 28 botol cecair vape bercampur cecair ganja bernilai RM5,600 mengandungi diantara 10 mililiter (ml) sehingga 70 ml bernilai RM5,600.

"Hari sama pasangan suspek kemudian membawa polis ke sebuah kediaman di Buloh Kasap sehingga membawa kepada penangkapan lelaki berusia 49 tahun juga bapa juga mertua, kira-kira jam 9.45 malam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Segamat, di sini, hari ini, yang turut dihadiri timbalannya, Deputi Superintendan Ng Swie Chait.

Di Johor tidak dibenarkan sebarang penjualan cecair dan peranti vape oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ia telah digazetkan sebagai kesalahan di negeri ini.

Ahmad Zamry berkata, dalam serbuan kedua didalam kediaman tersebut polis turut menemui cecair vape campuran bahan disyaki ganja.

"Pemeriksaan lanjut di kediaman itu polis menemui 31 botol cecair vape bercampur cecair jus ganja dengan berat kasar tiap botol diantara 10sehingga 190 ml anggaran nilai RM6, 240" katanya.

Ahmad Zamry berkata, hasil risikan awal pihaknya mendapati kesemua suspek aktif sejak beberapa bulan lalu dengan mengedar cecair vape campuran jus ganja untuk pasaran tempatan.

"Siasatan kita, suspek mengolah cairan vape campuran jus ganja itu hasil idea gabungan kreaviti bapa, anak dan menantu perempuan dan cubaaan mengedarnya di pusat hiburan atau kepada individu lain mengikut ketagihan permintaan.

"Suspek menyuntik cecair jus dadah ganja ke dalam botol cecair vape sebelum ditutup semula dan difahamkan sebotol cecair vape dicampur cecair ganja ini berharga lebih RM240, manakala kurang berkamampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja," katanya.

Ahmad Zamry berkata, suspek direman empat hari mulai 16 Julai lalu bagi siasatan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Ujian air kencing mendapati suspek lelaki 24 posititif meth, selain rekod jenayah lampau berkaitan curi," katanya.

#tiga beranak kreatif hasilkan formula cecair vape campur jus ganja tumpas.

Tamat

From: Ahmad

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2023 @ 7:41 PM
Ahmad Zamry Marinsah (tengah) menunjukkan rampasan cecair vape ganja hasil penahahan tiga sekeluarga di sekitar Segamat. FOTO AHMAD ISMAIL
Ahmad Zamry Marinsah (tengah) menunjukkan rampasan cecair vape ganja hasil penahahan tiga sekeluarga di sekitar Segamat. FOTO AHMAD ISMAIL