YUSYAFIZAL menghubungi mekanik di Kuala Lumpur untuk mendapat khidmat nasihat berkenaan kerosakan motosikal beliau. FOTO Effendy Rashid
YUSYAFIZAL menghubungi mekanik di Kuala Lumpur untuk mendapat khidmat nasihat berkenaan kerosakan motosikal beliau. FOTO Effendy Rashid
Effendy Rashid


Bulgaria: Pasukan Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London-Kuala Lumpur 2023 (QMEPWK66) berdepan ujian apabila motosikal seorang peserta mengalami kerosakan kecil ketika dalam perjalanan ke Istanbul, Turkiye.

Kerosakan itu berlaku selepas QMEPWK66 menempuh perjalanan sejauh 50 kilometer (km) dari Stara Zagora, Bulgaria ke Istanbul.

Motosikal dinaiki Yusyafizal Mohd Yusop mengalami kerosakan di bahagian suspensi hadapan.

Namun motosikal beliau masih mampu bergerak tetapi dalam keadaan yang tidak selesa.

Ketua Ekpedisi QMEPWK66, Arep Kulal, berkata, usaha dilakukan oleh pasukan dan mereka juga mendapat mendapat nasihat dari mekanik BMW di Kuala Lumpur mengenai masalah motosikal itu.

"Bantuan sedang diusahakan oleh pihak BMW, namun motosikal itu hanya boleh dibaiki di BMW Motorad Almaty,Kazakhstan," katanya.

Sebelum ini, enam peserta merentasi lapan negara dari London, United Kingdom; Paris, Perancis; Bern, Switzerland; Livigno, Itali; Munich, Jerman; Prague, Republic Czech; Vienna, Austria; dan Budapes, Hungary.

Misi QMEPWK66 bermula 20 Jun lalu dari London dijangka mengambil masa 66 hari dengan merentasi 16 negara, meliputi perjalanan sejauh lebih 22,000 kilometer (km).

QMEPWK66 dianjurkan Global Bike Explorer Sdn Bhd, manakala Quantum Metal Sdn Bhd bertindak sebagai penaja utama manakala GB13, KMF Network serta Bullion Success Group adalah penaja bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2023 @ 1:30 PM