Effendy Rashid


Romania: Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London-Kuala Lumpur 2023 (QMEPWK66) meneruskan misi ekspedisi ke destinasi ke 10, Stara Zagora, Bulgaria dari Bucharest Romania pagi ini.

QMEPWK66 dilepaskan oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Romania, Lim Hooi Shin, pada jam 9.30 pagi di hadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Bucharest.

Berbangga dengan hasrat dan semangat yang ditunjukkan olehpeserta ekspedisi, Hooi Shin berharap kesemua peserta ekspedisi dapat menamatkan ekspedisi ini dengan jayanya dan tiba di Putrajaya semasa sambutan hari kemerdekaan nanti.

"Semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta sangat tinggi, saya berbangga dengan mereka yang bukan sahaja berekspedisi tetapi juga mempromosikan Malaysia dan kemerdekaan kita", katanya.

Sementara itu ketua ekspedisi, Arep Kulal berkata, beliau dan peserta ekspedisi mendapat informasi yang sangat berharga dari pihak kedutaan untuk dikongsi dengan pengembara dari Malaysia semasa sesi perbincangan dengan kakitangan kedutaan.

"Kita ingin mengalakkan rakyat Malaysia yang ingin bercuti atau mengembara ke negara luar untuk menghubungi pihak kedutaan Malaysia di negara yang ditujui untuk memaklumkan kehadiran mereka.

QMEPWK66 teruskan misi ke destinasi ke-10, Stara Zagora
QMEPWK66 teruskan misi ke destinasi ke-10, Stara Zagora

"Dengan melakukan sedemikian, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, pihak kedutaan akan lebih bersedia untuk menghulurkan bantuan.

"Jangan masa susah sahaja kita cari mereka dan ketika kita senang kita lupa akan kewujudan mereka, mereka sebenarnya adalah rakan perjalanan kita," katanya.

Sebelum itu, semalam peserta QMEPWK66 dijamu dengan dengan nasi ayam pada jamuan makan tengahari di Kedutaan Besar Malaysia di Romania.

Sebelum ini, enam peserta merentasi lapan negara dari London, United Kingdom, Paris, Perancis; Bern, Switzerland; Livigno, Itali; Munich, Jerman Prague, Republic Czech , Vienna, Austria, dan Budapes,Hungary.

Misi QMEPWK66 bermula 20 Jun lalu dari London dijangka mengambil masa 66 hari dengan merentasi 16 negara, meliputi perjalanan sejauh lebih 22,000 km QMEPWK66 dianjurkan Global Bike Explorer Sdn Bhd, manakala Quantum Metal Sdn Bhd bertindak sebagai penaja utama manakala GB13, KMF Network serta Bullion Suceess Group adalah penaja bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 6:32 PM