PESERTA Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London-Kuala Lumpur 2023 (QMEPWK66) kini memasuki Romania. FOTO Effendi Rashid
PESERTA Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London-Kuala Lumpur 2023 (QMEPWK66) kini memasuki Romania. FOTO Effendi Rashid
Effendy Rashid


Romania: Selepas menempuh perjalanan lebih tiga jam dari Budapest, Hungary, enam peserta Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London-Kuala Lumpur 2023 (QMEPWK66) kini memasuki Romania.

Sebelum itu peserta QMEPWK66 dilepas oleh Duta Besar Malaysia ke Hungary, Francisco Munis di Kedutaan Besar Malaysia di Budapest.

Sementara itu, seorang peserta Rosmadi Saad berkata, beliau dan rakan lain amat berterima kasih kepada pihak kedutaan atas layanan dan bantuan yang diberikan.

"Pihak kedutaan menyambut kehadiran dan menjamu kami dengan pelbagai juadah termasuk 'teh tarik'.

"Ini menghilangkan rasa rindu kami kepada Malaysia" katanya.

Sebelum ini, enam peserta merentasi lapan negara dari London, United Kingdom, Paris, Perancis; Bern, Switzerland; Livigno, Itali; Munich, Jerman Prague, Republic Czech , Vienna, Austria, dan Budapes, Hungary.

Esok peserta akan bergerak ke Bucharest, Hungary sejauh 327 kilometer.

Misi QMEPWK66 bermula 20 Jun lalu dari London dijangka mengambil masa 66 hari dengan merentasi 16 negara, meliputi perjalanan sejauh lebih 22,000 km.

QMEPWK66 dianjurkan Global Bike Explorer Sdn Bhd, manakala Quantum Metal Sdn Bhd bertindak sebagai penaja utama manakala GB13, KMF Network serta Bullion Success Group adalah penaja bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2023 @ 10:28 PM