BANGUNAN MOF di Putrajaya
BANGUNAN MOF di Putrajaya
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menafikan kesahihan maklumat mengenai pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan sebanyak RM600 seperti yang tular di media sosial.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkata, MOF menjelaskan bahawa STR Fasa 3 disalurkan pada 26 Jun lalu dan bagi memastikan program STR 3 disasarkan kepada penerima yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai ini.

Menurutnya, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 5:40 PM