BANGUNAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). MOHD FADLI HAMZAH
BANGUNAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). MOHD FADLI HAMZAH
Mohd Iskandar Ibrahim


Putrajaya: Mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh memohon tajaan menerusi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 3 hingga 7 Julai ini.

JPA menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan itu boleh dibuat susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam bidang berkaitan.

"Penajaan JPA bagi bidang ini bagi 2023 boleh dimohon mengikut tempoh penawaran yang ditetapkan seperti PIDN bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama daripada 3 hingga 7 Julai ini.

"Bagi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 pula dilanjutkan sehingga 23 Jun ini," katanya.

Maklumat lanjut berkaitan perkara itu boleh dirujuk di esilav2.jpa.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 2:36 PM