RATA-RATA lepasan SPM mula mencari serta menentukan langkah ke peringkat seterusnya seperti menyambung pengajian mengikut bidang bersesuaian dan kelayakan. - Gambar hiasan
RATA-RATA lepasan SPM mula mencari serta menentukan langkah ke peringkat seterusnya seperti menyambung pengajian mengikut bidang bersesuaian dan kelayakan. - Gambar hiasan
SERAMAI 340,698 atau 85.21 peratus daripada 399,822 calon yang menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk kali pertama layak menerima sijil selepas lulus dalam Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah. - Gambar hiasan
SERAMAI 340,698 atau 85.21 peratus daripada 399,822 calon yang menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk kali pertama layak menerima sijil selepas lulus dalam Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah. - Gambar hiasan
BIDANG keusahawanan antara kursus yang ditawarkan di universiti. - Gambar hiasan
BIDANG keusahawanan antara kursus yang ditawarkan di universiti. - Gambar hiasan
PELBAGAI kursus kemahiran ditawarkan institusi kerajaan, agensi dan swasta kepada pelajar lepasan SPM. - Gambar hiasan
PELBAGAI kursus kemahiran ditawarkan institusi kerajaan, agensi dan swasta kepada pelajar lepasan SPM. - Gambar hiasan
LEPASAN SPM juga mampu berjaya sekiranya memberi peluang dan lebih positif dalam meneliti dan
LEPASAN SPM juga mampu berjaya sekiranya memberi peluang dan lebih positif dalam meneliti dan
KEPUTUSAN yang diterima tidak menjadi batu penghalang kerana masih banyak cabang untuk diceburi dan tidak terhad kepada bidang akademik saja. - Gambar hiasan
KEPUTUSAN yang diterima tidak menjadi batu penghalang kerana masih banyak cabang untuk diceburi dan tidak terhad kepada bidang akademik saja. - Gambar hiasan
IBU bapa perlu memberi sokongan selain membimbing anak dalam menentukan hala tuju mereka selepas SPM. - Gambar hiasan
IBU bapa perlu memberi sokongan selain membimbing anak dalam menentukan hala tuju mereka selepas SPM. - Gambar hiasan
Nor Hanisah Kamaruzaman

Penantian 434,535 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir selepas keputusan peperiksaan itu diumumkan 16 Mac lalu.

Pelbagai ragam dan reaksi yang dilihat, ada yang menangis kegembiraan dan bersorak malah ada kesedihan kerana keputusan diterima tidak menepati kehendak atau di luar jangkaan.

Kini, rata-rata lepasan SPM sudah mula mencari untuk menentukan langkah seterusnya bagi menyambung pengajian mengikut bidang bersesuaian dan kelayakan.

Keputusan SPM 2016 memperlihatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10 yang lebih baik dengan perbezaan 0.05 berbanding 5.15 pada tahun sebelumnya.

Seramai 102 atau 1.94 peratus calon SPM 2016 mendapat keputusan A+ dalam semua subjek dan jumlah itu sedikit menurun berbanding 2.6 peratus atau 163 calon pada 2015.

Manakala 8,647 atau 2.13 peratus calon berjaya meraih keputusan cemerlang (A+, A, A-) dalam semua subjek yang turut memperlihatkan sedikit penurunan berbanding 2.38 peratus (9,721 calon) pada tahun sebelumnya.

Jurang GPN antara calon bandar dengan luar bandar turut mengecil kepada 0.47 berbanding 0.50 pada tahun sebelumnya. GPN 4.89 dicatatkan bagi calon bandar dan 5.36 bagi calon luar bandar tahun ini.

Seramai 340,698 atau 85.21 peratus daripada 399,822 calon yang menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk kali pertama layak menerima sijil selepas lulus dalam Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah.

Pencapaian subjek teras berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pula menunjukkan peningkatan dalam prestasi subjek BM, Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Islam dan Sains. Manakala prestasi bagi subjek Matematik, Sejarah dan Pendidikan Moral menyaksikan penurunan.

Secara keseluruhan, 41 daripada 73 mata pelajaran SPM 2016 mencatatkan peningkatan prestasi manakal 28 lagi merosot dan empat tidak berubah.

Seramai 510 calon atau 58.42 peratus daripada 873 calon berkeperluan khas (CBK) layak dianugerahkan sijil SPM. Seramai 19 calon dalam kategori masalah pembelajaran, 15 (buta), 285 (kurang upaya pelbagai), 42 (kurang upaya fizikal), 44 (kurang upaya pendengaran), 105 (rabun).

Seramai 214,971 calon menerima sijil GCE O-Level untuk mata pelajaran BI atau 52.83 peratus berjaya memperoleh sijil itu.

Sejumlah 55.11 peratus atau 40,725 daripada 73,891 calon yang menduduki mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula layak menerima sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

Jika diteliti, pilihan bagi calon lepasan SPM agak luas dan tidak terhad hanya pada universiti awam atau institut pengajian tinggi sahaja.

Terdapat banyak bidang kemahiran yang boleh diteroka bagi memenuhi keperluan industri yang kian meningkat dalam bidang berkenaan.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan merangkap pensyarah kanan kaunseling Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Datin Dr Sapora Sipon berkata, terdapat beberapa faktor mempengaruhi individu untuk menyambung pengajian selepas tamat SPM.

“Terdapat beberapa faktor yang diambil kira untuk menyambung ke peringkat pengajian seterusnya iaitu minat, hala tuju hidup, faktor kewangan atau kemampuan, sokongan keluarga, kelayakan dan peluang disediakan pihak kerajaan serta swasta.

“Minat adalah faktor penting dalam menentukan keputusan ini dan bagi yang mendapat keputusan sederhana, terdapat banyak peluang tersedia di negara ini untuk meneruskan pengajian berdasarkan faktor itu,” katanya.

Mengikut statistik tahun lalu, hanya 10 peratus daripada jumlah pelajar mengikuti pendidikan vokasional dalam sistem pendidikan Malaysia berbanding Korea Selatan (28 peratus), Thailand (41 peratus), Indonesia (51 peratus), Jerman (59 peratus), Australia (62 peratus) dan Belanda (68 peratus).

Dr Sapora berkata, peluang pekerjaan yang berbentuk praktikal atau bidang kemahiran kian meningkat dan lulusan bidang berkenaan sangat diperlukan ketika ini.

“Terdapat banyak lagi peluang pengajian dan kursus bersesuaian bukan sekadar mengikut minat tapi hala tuju masa hadapan individu itu sendiri.

“Banyak pilihan dan cabang kemahiran ditawarkan di institusi kerajaan, agensi dan swasta. Pelajar hanya perlu buka mata dan teliti peluang sedia ada,” katanya.

Menurut Dr Sapora, lepasan SPM juga boleh mengambil peluang dengan menyahut seruan kerajaan bagi menceburi bidang keusahawanan.

“Ini adalah peluang yang baik kerana mereka dapat memulakan perniagaan pada usia muda. Selain mengikuti program perniagaan di universiti, terdapat banyak kursus jangka pendek turut disediakan.

“Apa yang penting anda perlu tahu ialah minat dan apa yang anda ingin lakukan di masa hadapan. Jika ada kemahuan pasti ada jalan tersedia cuma perlu luaskan pandangan dan cari peluang sedia ada,” katanya.

Kata Dr Sapora lagi, lepasan SPM juga berpeluang memilih untuk terus menyambung pengajian dalam bidang akademik namun harus memilih kursus atau program bersesuaian.

“Tidak perlu hadkan pemilihan anda terutama ketika memilih program pengajian di universiti kerana cabang akademik juga luas.

“Bidang pengajian lebih meluas dan jika cenderung kepada bidang medik tidak semestinya kedoktoran saja tapi boleh juga cuba pengajian biomakmal atau bioteknologi,” katanya.

Lepasan SPM yang bercita-cita untuk memperbaiki keputusan peperiksaan mereka juga boleh ke tingkatan enam dan menduduki Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (SPTM) untuk sambung pengajian di universiti bagi peringkat ijazah.

“Selain teruskan untuk STPM, antara peluang lain adalah menyambung ke peringkat sijil di universiti awam dan swasta terpilih sebelum teruskan pengajian di peringkat diploma,” katanya.

Dr Sapora turut menegaskan bahawa sokongan daripada ahli keluarga terutama ibu bapa memainkan peranan dalam situasi seperti ini.

“Sokongan orang sekeliling amat penting dan keluarga seharusnya membantu dalam meneliti dan mengkaji peluang sedia ada selain membimbing serta memberi pendapat.

“Ibu bapa terutamannya perlu menerima kenyataan dan memahami keadaan anak. Perlu juga diingatkan, ramai yang menghadapi ujian dalam kehidupan sebelum berjaya.

“Jadi, jika keputusan yang diterima kurang baik atau tidak memenuhi jangkaan, anggap ia sebagai ujian supaya tidak mudah putus asa di hari mendatang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 10:50 AM