ASYRAF Wajdi, gambar fail. FOTO NSTP
ASYRAF Wajdi, gambar fail. FOTO NSTP
Mahani Ishak


Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mula membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara dengan iklannya bakal dikeluarkan pada bulan depan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelajar yang berminat menyambung pengajian peringkat pascasiswazah boleh membuat semakan di pautan https://online.anyflip.com/shdgj/tksb/mobile/index.html bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program serta universiti terbabit.

"Mara akan mula membuka permohonan untuk tajaan kepada yang mahu sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam dan luar negara, semua diialu-alukan memohon.

"Hebahan ini adalah makluman awal mengenai universiti dan kursus terpilih untuk tajaan pelajaran Mara Graduate Excellence Programme (GrEP) 2024," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, tawaran itu terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Sarjana Pertama atau Sarjana bagi melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah.

"Dengan permohonan itu, mereka boleh melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana (Dalam Negara), PhD (Dalam Negara) di institusi pengajian tinggi (IPT) dan Ijazah Sarjana (luar negara) di universiti terpilih di luar negara.

"Tajaan itu adalah mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan negara," katanya.

Untuk rekod, GrEP adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA ke peringkat pascasiswazah (sarjana dan PhD) di IPTterkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 11:03 PM